Ahad, 21 September 2008

hosted by amiersyakir.

Join now


Chat about what's on your mind. More about public chats.

Selasa, 2 September 2008

Jumaat, 15 Ogos 2008

Rabu, 13 Ogos 2008

kesilapan kita

KESILAPAN KEWANGAN UMUM

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?ii- Bila jangka masa pencapaiannya?iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasiBayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan/perunding takaful bertauliah. ismaramli@gmail.com 0197648646

Isnin, 11 Ogos 2008

Ketahui Apakah yang akan anda fikirkan


Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, kebanyakan orang akan memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan, apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Insurans? Saya belum terfikir lagi untuk membeli insurans”.

Saudara… untuk membeli insurans, anda sebenarnya TIDAK PERLU FIKIR LAMA-LAMA!

Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan insurans. Mungkin anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.

Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, insurans hayat itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus.. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insurans yang akan menerima anda lagi walaupun anda mampu membayar premium yang tinggi.

Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan insurans atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat keempat (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan ‘kemoterapi, kosnya RM9000.00?

Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan rawatan lebih RM180,000.00. Itu baru kos rawatan ‘kemoterapi’ untuk sebulan.

Jika semalaman anda ditakdirkan mengalami nasib serupa, apakah jalan penyelesaian anda?

Menggunakan simpanan sendiri?

Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?

Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM180,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera!

Mampukah anda menyimpan RM750.00 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata untuk mengumpul tabung RM180,000.00 itu? Bolehkan anda menunggu sebegitu lama?

Menjual harta benda?

Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?

Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah.

Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

Memohon pinjaman?

Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman, jika sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk bekerja?

Adakah anda memiliki kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?

Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?

Meminta derma?

Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?

Apa lagi yang anda fikirkan?

Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan insurans.

Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri.
Jika Ingin Mendapatkan Keterangan Terperinci Mengenai Produk Insuran Yang Di minati…Sila hubungi ismaramli@gmail.com atau 019-7648646
Risalah ini adalah sebagai penjelasan sahaja

Isnin, 28 Julai 2008

Takaful Vs Riba

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi”(Rujuk Al-Majmu’, 9/391)

Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

  • Firman Allah SWT ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278)
  • Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
  • Berkatalah Abu Hanifah rh pula : “ Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
  • Imam Malik Bin Anas rh pula berkata ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364)

  • Berkata Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” (At-Tabari, 3/72)


Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

  • Allah SWT berfirman ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” (Al-Baqarah : 276)
  • Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” (Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399)

  • Berkatalah Ibn Abbas r.a ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)


Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

  • Nabi SAW bersabda : Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)


Lebih Berat dari 36 Kali Zina

  • Nabi SAW bersabda ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” (Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103)


Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil) “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ahad, 27 Julai 2008

Kenapa Takaful PruBsn



















Faedah Menyertai Takaful
Kini ….. telah ramai yang mampu memilikinya
Kami ada satu rahsia untuk dikongsikan dengan anda.
Pelan 3 dalan 1 yang terhebat

Syarikat Takaful Pertama yang memiliki ‘Medical card’ di Malaysia
Melindungi 36 Jenis Penyakit kritikal
Kad Perubatan PruBSN
Khas biayai Rawatan Penyakit & Kemalangan
Di lebih 40 buah hospital pakar swasta seluruh negara :-
Termasuk : penginapan bilik, pemeriksaan doktor pakar,
ujian diagnostic sebelum masuk hospital, pembedahan,
ubatan, kanser, dialysis buah pinggang, rawatan susulan
selepas keluar hospital, penjagaan jururawat di rumah,
ambulan servis, bantuan perubatan antarabangsa
**Setiap pemegang kad PRU-BSN juga akan menikmati faedah tambahan seperti :
Elaun Tunai (Wang Saku)
Elaun tunai harian hospital RM 200/hari
Elaun tunai pembedahan RM 2,500/hari
Elaun tunai cuti sakit akibat kemalangan RM 100/week
Elaun sara hidup tunai penyakit kritikal RM 30,000
Klim klinik (kecederaan) RM 2,000/cedera
Premium & Simpanan PERCUMA
Dengan Plan Simpanan Minimun Rm 100. Anda layak Mendapat manfaat Perlindungan lebih
RM150,000
sehingga 80 Tahun (dibiayai PRU-BSN) RM 1,800/Tahun
sekiranya sakit kritikal/hilang upaya
Simpanan Dana Syariah Mudharabah RM 30,000
Perlepasan cukai pendapatan RM 9,000
Pampasan hilang upaya Kemalangan RM 20,000
Pampasan tunai kematian untuk waris RM 50,000
Manfaat pengkebumian RM 2,000
*Contoh pelan PRU-BSN untuk individu
berumur 25THN & tidak merokok

Siapa SAHABAT anda yang akan membantu anda sewaktu memerlukan bantuan di hospital?
SAYA EJEN PROFESIONAL ANDA :
EN. JURI
019-7648646 / 013-7434102
PRUDENTIAL-BSN Takaful adalah hasil kerjasama dua syarikat utama di Malaysia : Prudential + Bank Simpanan Nasional
:: NOTA PENTING ::
Perlindungan risiko penyakit kritikal biasa berkuatkuasa 30 hari daripada tarikh polisi diluluskan
Perlindungan risiko penyakit kritikal bahaya berkuatkuasa 120 hari daripada tarikh polisi diluluskan
Perlindungan akan berkuatkuasa serta-merta untuk semua jenis kemalangan daripada tarikh polisi diluluskan
Anda mungkin masih belum mempunyai perancangan kewangan masa depan yang kukuh.....
Anda juga mungkin masih belum menyediakan kos rawatan pakar sekiranya ditimpa musibah....
Anda juga mungkin masih belum menyediakan kos pengajian yang mencukupi untuk anak-anak anda......
Sudah pasti anda tidak mahu meninggalkan orang yang tersayang dalam keadaan tanpa pembelaan.......
BERTINDAKLAH SEKARANG. KEPUTUSAN YANG TEPAT DI TANGAN ANDA !!!
Sihat Sebelum Sakit
Muda Sebelum Tua
Kaya Sebelum Miskin
Lapang Sebelum Sempit
Hidup Sebelum Mati
Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H)
Aras 8A, Menara Prudential
No 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 0197648646